Thursday 22 May 2014

Overview radiography

Hampir dua semester menjadi pelajar radiography. Terlaluuuu banyak nak kongsi. Tapi ada adik-adik tanya, kenapa kos radiography paling lambat dikongsikan?
Erk, tak tahulah apa sebabnya. ^_^

Dulu, masa nak masuk radio ni, semua orang komplen. Bahayalah. Kanserlah. Tak dapat anaklah.
Tergugat juga diri ini. Sebab 1st choice mintak Optometry. Tapi bila dapat offer letter, lain pula yang dapat.

Dalam ramai-ramai orang yang kata BAHAYA tu, mak ayah tak pernah kata macam tu.
Mak cakap, "Selagi niat kita baik, nak tolong orang, nak bermanfaat untuk orang, insya ALLAH selamat."
Ayah pula kata, "Risiko tu ada, kat mana-mana pun ada risiko. Nak mati ke tak dapat anak ke, semua tu ALLAH punya kuasa. Berpegang teguh dengan agamaNya, insya ALLAH kakak selamat."

Waktu tu memang frust, tapi bila Ibu Ayah dan family macam OK dan sokong, saya gagahkan diri terima kos ni. Tanpa minat sedikit pun. Serius tak minat. ^_^

1st time masuk kuliah, ada satu perasaan yang BEST sangat.

Lecturer semua best-best. Sporting. Alah, kat mana-mana department pun,lecturer UIA memang sporting habeh kot. =)

memang ni lah gaya yang selalu kami buat. Bukan nak eksyen, tapi kena buat. ;p

After 2 weeks dalam kos ni, berputiklah rasa cinta tu. Betul orang tua kata, tak kenal maka tak cinta. Bila dah kenal radiography tu apa, baru rasa, "Wah, macam best je!"

Sampaikan bila Deputy Dean offer untuk tukar ke Optpmetry pun, saya reject dengan hujung mata je. Deputy Dean pun tanya, "Why you are so confident with your choice? Is it optometry your first choice?"
 Saya kata, "Sir, saya dah jatuh cinta dengan kos ni. Allah ajar saya, Dia nak saya tahu bahawa Dia yang tahu apa yang terbaek untuk saya."

Wah, serius seronok.

Biasanya dalam kelas, sikit je pelajar radiography ni. Dalam 16 orang. 4 laki, 12 perempuan. Kat mana-mana pun ratio memang gitu je. ^_^

Kalau bab belajar, nak kata macam belajar biology, tak juga. Kalau minat Biology, boleh join Biomedik kot. Orang tanya saya, kalau minat radiography, kena teror subjek apa?
Hem.. Jawapan, tak ada. Masuk radio dulu, then anda tahu bahawa subjek mana yang anda kena mahir. Bukan biology, matematik jauh sekali, chemistry pun tak. Fizik? Ohhh. Memang kena amek subjek fizik khususan untuk dua sem. Pertama Medical Physic dan kedua Radiation Physic. Fuh, tapi tak tough macam kat PJ pun physic ni. BIASA JE. =)


Bila sebut radiation, semua orang cuak dan buat muka sedih takut tak dapat anak. Erk, kalau bab dapat anak tu, saya pun risau. Semua orang risau kot. Tapi back to the basic la bro, kita bukan kerja dengan radiasi pun. Kita bukan directly terdedah dengan radiasi sepanjang bekerja pun. Kalau risiko nak kena radiasi untuk radiographer memang tinggi berbanding orang yang kerja polis. Tapi polis pun ada risiko juga kan? Risiko kena tembak dan risiko dapat rasuah. HAHA. ^_^

benda yang kita hasilkan. =)

Pernah tak anda terseliuh kaki? Kemudian anda ke hospital. (Tapi kalo saya terseliuh kaki, pergi jumpa tukang urut je, melainkan kat UIA ni, nak dapat MC.)

Dan doktor bagi satu borang suro ke department pengimejan diagnostic atau nama lain, Bilik X-ray.

Anda pun terkedek-kedek membawa borang tersebut, masuk ke jabatab x-ray dan letak borang yang doktor bagi tadi di kaunter.


best juga sebab bole selaluuuu pakai labcoat. tapi kadang2 boring, tak larat nak basuh labcoat yang mudah kotor tu.. Erkk..
Ya, disinilah kerja radiographer tu bermula.
Tengok dan analisis borang yang doktor bagi. Kena belajar patient tu sakit bahagian mana. Sakit apa. Kena buat x-ray macamana. Position macamana. Then, WE decide that.

Lepas tu, nurse pun tolonglah panggilkan patient. Waktu ni kita tunggu kat bilik x-ray sambil siapkan kelengkapan segala bagai.

Bila patient masuk, kita suro patient tukar pakaian. Remove all radiopaque materials on their body. Sebab material macam besi boleh appear dalam film yang bakal kita hasilkan nanti.

Lepas tu, kalau patient tu seliuh kaki, kita pun x-ray lah kakinya, dengan posisi yang tertentu. Ni yang susah sampai nak terkeluar otak, belajar posisi ni.Nak ingat semua posisi ni, dari dada, pelvis, abdomen, kaki, tangan, kepala.... Masya ALLAH. Hebat ILMU Allah ni. =)

Lepas tu, bila patient dah ready, kita pun keluar dari bilik tu, dan expose radiasi pada patient, dengan niat nak dapatkan imej yang doktor minta, bukan nak bahayakan patient pun. =)

Waktu ni kita tak terkena pun radiasi tu, insya ALLAH kalau kita observe all the safety step yang department dah rule out. =)

Lepas dah siap tu, patient tunggu luar, dan kita process film tu. Tak susah pun process film. Masuk dalam mesin, semua mesin buat, kita duk kat kerusi, tekan-tekan butang sket, pastu ter'print out'lah film yang kita nak tu. Lepas tu tengok jap film tu, kalo macam OK, bagi kat radiologist. Radiologist yang akan comment and write a report on the film.

Kita belajar je apa yang terjadi kat film tu. Kita belajar semua penyakit. Kena hafal. Tapi tak seteruk doktor. Kita belajar kalau orang tu tulang dia jadi macam ni, dia sakit apa. Semua kita kena tahu. Tapi sadisnya kita tak boleh directly contact or advice patient. Kalau kita tahu pun, kita kena diam je. ^_^

Tapi kita boleh assist doktor dan discuss dengan doktor, when needed. =)

Ohhhh YA! Adakah hanya itu?

Tentu sekali tidak. Kita bukan handle x-ray machine je.
Kita handle CT Scan. mamography (untuk breast scanning), angiography (blood vessel), MRI, ultrasound pun tau.

mammography
Banyak sebenarnya yang kita handle, tapi yang orang nampaknya, x-ray machine je. =(

ct scan

Tapi tu paling dominan lah kot.

Nak tahu apa dia MRI, CT Scan, Mammography, IVU, dan banyak lagi, yang tu kena google la. =) Ataupun masuk radio dulu, nanti semua tu kita belajar dengan teramatlah detail. =)

Best tengok CT Scan dan MRI. Memang best!

Cara belajar pulak.. Hem.. Nak kata tough tu, boleh tahan jugak. Sebab banyak praktikal.

Kalo berminat nak amek radiography, kena tough lah. Tu nasihat saya. =)
Tough kelas full, tough kena kesana kemari praktikal kat segala jenis hospital.
Kami 1st year pun dah penat posting sana sini. Tapi mostly on observation la. Kadang-kadang kalo ada rezeki dapatlah direct handle patient. Tapi banyaknya jadi PEMERHATI.

Shortsem tu jangan berangan nak beli tiket honeymoon ke nak kawen sangat la. =) Shortsem tu kami kena posting ke mana-mana hospital. Sebulan tu...

Macam masuk kerja la, 8 pagi hingga 5 petang. Penat? Haruslah.

Praktikal yang 4 jam pun, dah penat rasa macam nak tido 5 hari.

Penat kenapa? Pertamanya kena berdiri. HAHA. Kedua, waktu handle patient tu kena angkat-angkat patient. Adjust peralatan2 tu semua. Thats why saya kata, kena TOUGH lah nak jadi radiographer.

Selain tu, kita bukan kerja kat jabatan x-ray je. Kita boleh jadi kena bertugas di jabatan kecemasan. Kalau yang minat kes trauma tu, boleh lah. =) Duduk di bilik emergency. If ada kes kemalangan dan perlukan scanning dengan cepat, waktu tu la kita kena bertindak.

Luas sebenarnya tugas radiographer ni. Bukan scope kecik. =)

Dalam seminggu, memang kami pergi hospital atau klinik kat Jalan Hospital College.
Tapi insya ALLAh lepas ni lab x-ray akan establish dah kat kuliah ALLHS tu, so adik2 lepas ni tak penat sangat nak ulang alik macam kami. Dari JHC ke IMC. Tak penat pun kalo ada kereta. Dulu waktu takde kereta, penat menunggu bas. Eh, kalo ada kereta, penat juga kalau jam. Banyak habeh minyak. =)

Selalu juga kena hantar ke Temerloh. Perjalanan Temerloh ke UIA ambil masa hapir 2 jam juga. (1st time pergi je dua jam, lepas tu boleh buat rekod 1 jam 30 minit paling lama pun) ;p

Yang 2 jam tu tak kesah pun, tapi tol tu, boleh tahan juga. RM22 pergi balik. Tapi ok je, bukan selalu pun~

Kalau HTAA kat Kuantan, depan Kuantan Parade tu, tok sah kata la, tempat wajib kunjung tu. =)


Best kot jadi radiographer. 

Credit to : Kak Husnabaek. =)

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

1 comment

22 May 2014 at 19:27

testing3

Post a Comment
 
Copyright from Miss Sri Ramadana© . All Right Reserved by Jiakreatifelt