Thursday 22 May 2014

Anjakan Paradigma Huffaz Al-Quran

“Sungguh merisaukan apabila ada huffaz yang tidak tahu hendak ke mana” saya meluahkan pandangan.
“Itu sering berlaku, ustaz. Perasaan itulah yang banyak membelenggu pelajar semester akhir” jawab salah seorang sahabat.
Beliau turut gusar dengan perkara yang sama di kalangan rakannya.
Sudah lama saya menanti peluang ini.
Peluang untuk berwacana bersama pada Huffaz al-Quran.
Kelompok insan terpilih yang berpotensi tinggi, tetapi sebahagiannya dibelenggu oleh batasan-batasan yang dibina oleh persepsi massa.

16 Januari 2010, selepas penangguhan tarikh asal pada Ogos 2009 akibat H1N1, saya berkesempatan meluangkan sehari suntuk masa di Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Kuala Kubu Bharu.
Biar pun himpunan hasrat dan harapan di dada saya terasa dibataskan oleh tajuk yang bakal diperkatakan, namun saya tidak mahu terikat dengan tema program Bengkel Tinta Da’ie, pada hanya memperkatakan tentang teknik penulisan. Apa sahaja teknik yang bakal dibincangkan, ia hanya wasilah untuk ekspresi sesuatu yang lebih bersifat induk iaitu DAKWAH, sebagai subjek utamanya.
BEBANAN PERSEPSI

Sebahagian Hafizaat al-Quran yang turut serta
Mungkin punca kepada kaburnya perjalanan ini berkait dengan persepsi masyarakat yang menyalahi realiti. Ramai yang melihat bahawa menjadi hafiz atau hafizah, adalah satu destinasi. Sedangkan bagi seorang pelajar yang telah berjaya menyertai kelompok huffaz, dia tidak dapat merasakan bahawa dirinya tiba ke destinasi, tetapi seperti baru hendak memulakan perjalanan. Kombinasi di antara sangkaan orang ramai, dan perasaan seorang hafiz dan hafizah, telah mencipta satu beban yang berat untuk ditanggung oleh para huffaz. Mereka diberikan status sosial yang tinggi ketika mana setiap seorang berasa janggal untuk menampung status itu tanpa alat yang mencukupi.
Hakikatnya, menjadi seorang hafiz dan hafizah adalah satu fondisi yang sangat hebat. Tetapi ia bukan kemuncak cita-cita.
Secara peribadi, saya dapat merasakan betapa besarnya impak andaikata saya memulakan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda setelah menjadi seorang hafiz. Ia adalah satu kekurangan yang telah saya hadapi, biar pun ia tidak pernah menjadi halangan untuk meningkatkan penguasaan ilmu Syariatullah.
Di dalam mana-mana subjek, keperluan menghafal dan memahami nas al-Quran, di samping nas al-Hadith dan pendapat-pendapat ulama’ yang lain, adalah perkara asas yang diperlukan oleh seorang pelajar Syariah untuk memahami satu-satu topik yang dipelajari.  Melakukan semuanya dalam keadaan bukan seorang hafiz, terasa ada kekurangan yang memerlukan mujahadah besar bagi mengatasinya. Alangkah baiknya jika saya sudah menghafal al-Quran sepenuhnya semasa kaki melangkah ke bumi Syam dahulu. Malah, tuntutan universiti kepada pelajar Syariah agar menghafal 6 juzuk al-Quran sebagai syarat graduasi yang memerlukan kami untuk melakukannya di celah-celah 46 subjek, sudah cukup memeritkan. Belum lagi pada soal mengekalkan hafalan itu selepas ujian Tasmi’. Selesai menghafal al-Quran sebelum mula belajar Syariah, adalah satu impian yang dibayang-bayangkan oleh setiap kami, semasa dihimpit kesulitan mengimbangkan hafalan al-Quran dengan proses pembelajaran yang padat.
Tetapi itu lebih baik daripada berjaya menjadi seorang hafiz dan hafizah, namun terus terjun ke gelanggang agamawan tanpa mendapat ilmu yang cukup berkaitan dengan proses memahami nas dan Syariah secara keseluruhannya. Jadi huffaz tapi belum jadi asatizah. Menghafal al-Quran tidak pernah sama sekali sinonim dengan memahami al-Quran. Kedua-duanya memerlukan proses yang tersendiri dan tidak boleh saling menampung secara simplistik.
Di sinilah titik yang menampakkan betapa institusi tahfiz dan status huffaz di negara kita memerlukan satu anjakan paradigma yang besar.

Huffaz yang bercita-cita mahu banyak memberi, mesti banyak memiliki. Itu pra syarat menjadi da’ie dan penulis berjiwa da’ie.

MEMINJAM CERMIN TURKI
Sebagai perbandingan, jika dilihat ke sebuah negara yang kaya dengan huffaz seperti Turki, di negara itu tidak ada sesiapa yang digelar sebagai al-hafiz. Menjadi seorang hafiz atau hafizah bukanlah sesuatu yang dianggap pencapaian dengan status sosial, tetapi ia hanya melunaskan satu tuntutan sebagai seorang Muslim. Justeru, mindset setiap pelajar yang menghafal al-Quran bukan untuk membawa hafazannya sebagai satu aset kerjaya.  Menjadi hafiz bererti telah memiliki sesuatu yang sangat besar untuk diri sendiri, tetapi belum mempunyai apa-apa untuk orang lain. Oleh itu, mereka menjadikan hafazan itu sebagai bekalan untuk meneruskan lagi proses pembelajaran. Dengan pemikiran seperti itu, saya melihat sendiri betapa sejumlah besar mahasiswa dan mahasiswi di Ilahiyat Fakultesi adalah terdiri daripada hafiz dan hafizah. Ia menjadi satu kredit besar buat mereka semasa melunaskan pengajian di peringkat universiti.
“Kamu sudah khatam al-Quran?” itu soalan yang sering ditanya di dalam masyarakat kita.
Terutamanya kepada anak gadis sebelum naik pelamin.
Tetapi di Turki jarang sekali kedengaran orang bertanya demikian.
Lazimnya mereka akan bertanya, “kamu sudah menghafal al-Quran?”

Suasana Kuran Kursu di Turki tempat anak-anak tempatan belajar dan seterusnya menghafal al-Quran. Kasual!

PROSES YANG MELENGKAPI
Saya kongsikan diskusi berkenaan dengan hal ini bersama pelajar Darul Quran, agar mereka meletakkan satu azam untuk tidak mudah berpuas hati hanya dengan selesai menghafal al-Quran dan memperolehi Sijil atau Diploma yang ditawarkan, sebaliknya hendaklah disambung lagi dengan peringkat pengajian yang lebih tinggi, hingga sekurang-kurangnya berjaya memperolehi ijazah di dalam mana-mana cabang bidang Pengajian Islam, sebelum benar-benar boleh berperanan dengan baik menanggung kepimpinan Islam di dalam masyarakat.
Begitu juga dengan program pensijilan yang meletakkan sasaran program untuk melahirkan hafiz dan hafizah, yang kemudiannya disalurkan mengambil jurusan profesional (bukan Syariah), sebagai acuan melahirkan golongan Profesional Muslim, atau Profesional yang hafiz! Saya merasakan seperti adaunsur simplistik dalam meletakkan formula sedemikian rupa. Seorang jurutera yang menghafal al-Quran adalah satu kelebihan yang besar pada dirinya untuk menjadi seorang Muslim Profesional atau Profesional Muslim, asalkan hafazan itu dimasak dengan latihan formal atau tidak formal di dalam cabang-cabang disiplin Pengajian Islam yang kita sedia maklum. Tetapi untuk sekadar memiliki 30 juzuk hafalan di dalam diri, dan kemudian beralih pula ke bidang perubatan dan kejuruteraan untuk melahirkan tokoh-tokoh yang berinspirasikan al-Khawarizmi dan yang seumpama dengannya, ia kedengaran seperti satu retorik.
PROAKTIF

Sebahagian Huffaz yang menjadi tulang belakang di sebalik penganjuran Bengkel Tinta Da’ie baru-baru ini.

Justeru, kepada para hafiz dan hafizah itu sendirilah tanggungjawab bagi mereka bertindak secara proaktif dengan tidak membataskan diri kepada persepsi-persepsi itu tadi. Mereka harus mencabar diri untuk pergi lebih jauh. Jangan tunduk kepada demand yang hanya menghendaki kalian mengimamkan Tarawih. Itu besar, tetapi ada yang lebih besar menanti!
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Overview radiography

Hampir dua semester menjadi pelajar radiography. Terlaluuuu banyak nak kongsi. Tapi ada adik-adik tanya, kenapa kos radiography paling lambat dikongsikan?
Erk, tak tahulah apa sebabnya. ^_^

Dulu, masa nak masuk radio ni, semua orang komplen. Bahayalah. Kanserlah. Tak dapat anaklah.
Tergugat juga diri ini. Sebab 1st choice mintak Optometry. Tapi bila dapat offer letter, lain pula yang dapat.

Dalam ramai-ramai orang yang kata BAHAYA tu, mak ayah tak pernah kata macam tu.
Mak cakap, "Selagi niat kita baik, nak tolong orang, nak bermanfaat untuk orang, insya ALLAH selamat."
Ayah pula kata, "Risiko tu ada, kat mana-mana pun ada risiko. Nak mati ke tak dapat anak ke, semua tu ALLAH punya kuasa. Berpegang teguh dengan agamaNya, insya ALLAH kakak selamat."

Waktu tu memang frust, tapi bila Ibu Ayah dan family macam OK dan sokong, saya gagahkan diri terima kos ni. Tanpa minat sedikit pun. Serius tak minat. ^_^

1st time masuk kuliah, ada satu perasaan yang BEST sangat.

Lecturer semua best-best. Sporting. Alah, kat mana-mana department pun,lecturer UIA memang sporting habeh kot. =)

memang ni lah gaya yang selalu kami buat. Bukan nak eksyen, tapi kena buat. ;p

After 2 weeks dalam kos ni, berputiklah rasa cinta tu. Betul orang tua kata, tak kenal maka tak cinta. Bila dah kenal radiography tu apa, baru rasa, "Wah, macam best je!"

Sampaikan bila Deputy Dean offer untuk tukar ke Optpmetry pun, saya reject dengan hujung mata je. Deputy Dean pun tanya, "Why you are so confident with your choice? Is it optometry your first choice?"
 Saya kata, "Sir, saya dah jatuh cinta dengan kos ni. Allah ajar saya, Dia nak saya tahu bahawa Dia yang tahu apa yang terbaek untuk saya."

Wah, serius seronok.

Biasanya dalam kelas, sikit je pelajar radiography ni. Dalam 16 orang. 4 laki, 12 perempuan. Kat mana-mana pun ratio memang gitu je. ^_^

Kalau bab belajar, nak kata macam belajar biology, tak juga. Kalau minat Biology, boleh join Biomedik kot. Orang tanya saya, kalau minat radiography, kena teror subjek apa?
Hem.. Jawapan, tak ada. Masuk radio dulu, then anda tahu bahawa subjek mana yang anda kena mahir. Bukan biology, matematik jauh sekali, chemistry pun tak. Fizik? Ohhh. Memang kena amek subjek fizik khususan untuk dua sem. Pertama Medical Physic dan kedua Radiation Physic. Fuh, tapi tak tough macam kat PJ pun physic ni. BIASA JE. =)


Bila sebut radiation, semua orang cuak dan buat muka sedih takut tak dapat anak. Erk, kalau bab dapat anak tu, saya pun risau. Semua orang risau kot. Tapi back to the basic la bro, kita bukan kerja dengan radiasi pun. Kita bukan directly terdedah dengan radiasi sepanjang bekerja pun. Kalau risiko nak kena radiasi untuk radiographer memang tinggi berbanding orang yang kerja polis. Tapi polis pun ada risiko juga kan? Risiko kena tembak dan risiko dapat rasuah. HAHA. ^_^

benda yang kita hasilkan. =)

Pernah tak anda terseliuh kaki? Kemudian anda ke hospital. (Tapi kalo saya terseliuh kaki, pergi jumpa tukang urut je, melainkan kat UIA ni, nak dapat MC.)

Dan doktor bagi satu borang suro ke department pengimejan diagnostic atau nama lain, Bilik X-ray.

Anda pun terkedek-kedek membawa borang tersebut, masuk ke jabatab x-ray dan letak borang yang doktor bagi tadi di kaunter.


best juga sebab bole selaluuuu pakai labcoat. tapi kadang2 boring, tak larat nak basuh labcoat yang mudah kotor tu.. Erkk..
Ya, disinilah kerja radiographer tu bermula.
Tengok dan analisis borang yang doktor bagi. Kena belajar patient tu sakit bahagian mana. Sakit apa. Kena buat x-ray macamana. Position macamana. Then, WE decide that.

Lepas tu, nurse pun tolonglah panggilkan patient. Waktu ni kita tunggu kat bilik x-ray sambil siapkan kelengkapan segala bagai.

Bila patient masuk, kita suro patient tukar pakaian. Remove all radiopaque materials on their body. Sebab material macam besi boleh appear dalam film yang bakal kita hasilkan nanti.

Lepas tu, kalau patient tu seliuh kaki, kita pun x-ray lah kakinya, dengan posisi yang tertentu. Ni yang susah sampai nak terkeluar otak, belajar posisi ni.Nak ingat semua posisi ni, dari dada, pelvis, abdomen, kaki, tangan, kepala.... Masya ALLAH. Hebat ILMU Allah ni. =)

Lepas tu, bila patient dah ready, kita pun keluar dari bilik tu, dan expose radiasi pada patient, dengan niat nak dapatkan imej yang doktor minta, bukan nak bahayakan patient pun. =)

Waktu ni kita tak terkena pun radiasi tu, insya ALLAH kalau kita observe all the safety step yang department dah rule out. =)

Lepas dah siap tu, patient tunggu luar, dan kita process film tu. Tak susah pun process film. Masuk dalam mesin, semua mesin buat, kita duk kat kerusi, tekan-tekan butang sket, pastu ter'print out'lah film yang kita nak tu. Lepas tu tengok jap film tu, kalo macam OK, bagi kat radiologist. Radiologist yang akan comment and write a report on the film.

Kita belajar je apa yang terjadi kat film tu. Kita belajar semua penyakit. Kena hafal. Tapi tak seteruk doktor. Kita belajar kalau orang tu tulang dia jadi macam ni, dia sakit apa. Semua kita kena tahu. Tapi sadisnya kita tak boleh directly contact or advice patient. Kalau kita tahu pun, kita kena diam je. ^_^

Tapi kita boleh assist doktor dan discuss dengan doktor, when needed. =)

Ohhhh YA! Adakah hanya itu?

Tentu sekali tidak. Kita bukan handle x-ray machine je.
Kita handle CT Scan. mamography (untuk breast scanning), angiography (blood vessel), MRI, ultrasound pun tau.

mammography
Banyak sebenarnya yang kita handle, tapi yang orang nampaknya, x-ray machine je. =(

ct scan

Tapi tu paling dominan lah kot.

Nak tahu apa dia MRI, CT Scan, Mammography, IVU, dan banyak lagi, yang tu kena google la. =) Ataupun masuk radio dulu, nanti semua tu kita belajar dengan teramatlah detail. =)

Best tengok CT Scan dan MRI. Memang best!

Cara belajar pulak.. Hem.. Nak kata tough tu, boleh tahan jugak. Sebab banyak praktikal.

Kalo berminat nak amek radiography, kena tough lah. Tu nasihat saya. =)
Tough kelas full, tough kena kesana kemari praktikal kat segala jenis hospital.
Kami 1st year pun dah penat posting sana sini. Tapi mostly on observation la. Kadang-kadang kalo ada rezeki dapatlah direct handle patient. Tapi banyaknya jadi PEMERHATI.

Shortsem tu jangan berangan nak beli tiket honeymoon ke nak kawen sangat la. =) Shortsem tu kami kena posting ke mana-mana hospital. Sebulan tu...

Macam masuk kerja la, 8 pagi hingga 5 petang. Penat? Haruslah.

Praktikal yang 4 jam pun, dah penat rasa macam nak tido 5 hari.

Penat kenapa? Pertamanya kena berdiri. HAHA. Kedua, waktu handle patient tu kena angkat-angkat patient. Adjust peralatan2 tu semua. Thats why saya kata, kena TOUGH lah nak jadi radiographer.

Selain tu, kita bukan kerja kat jabatan x-ray je. Kita boleh jadi kena bertugas di jabatan kecemasan. Kalau yang minat kes trauma tu, boleh lah. =) Duduk di bilik emergency. If ada kes kemalangan dan perlukan scanning dengan cepat, waktu tu la kita kena bertindak.

Luas sebenarnya tugas radiographer ni. Bukan scope kecik. =)

Dalam seminggu, memang kami pergi hospital atau klinik kat Jalan Hospital College.
Tapi insya ALLAh lepas ni lab x-ray akan establish dah kat kuliah ALLHS tu, so adik2 lepas ni tak penat sangat nak ulang alik macam kami. Dari JHC ke IMC. Tak penat pun kalo ada kereta. Dulu waktu takde kereta, penat menunggu bas. Eh, kalo ada kereta, penat juga kalau jam. Banyak habeh minyak. =)

Selalu juga kena hantar ke Temerloh. Perjalanan Temerloh ke UIA ambil masa hapir 2 jam juga. (1st time pergi je dua jam, lepas tu boleh buat rekod 1 jam 30 minit paling lama pun) ;p

Yang 2 jam tu tak kesah pun, tapi tol tu, boleh tahan juga. RM22 pergi balik. Tapi ok je, bukan selalu pun~

Kalau HTAA kat Kuantan, depan Kuantan Parade tu, tok sah kata la, tempat wajib kunjung tu. =)


Best kot jadi radiographer. 

Credit to : Kak Husnabaek. =)

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 12 May 2014

Artikel iLuvIsLAM

Bahagiakanlah keluarga kita sebelum membahagiakan orang lain.
Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera.
Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.
Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.
Seorang yang bekerja keras untuk menunaikan tanggungjawab kepada keluarganya adalah bukti kasih kepada keluarganya.
Tingginya darjat suami ditentukan oleh perjuangannya menjadi pemimpin rumah tangga, sehingga dituntut menjadi teladan yang baik bagi keluarga yang dipimpinnya.
Sesungguhnya keluarga itu tempatnya yang aman dan selesa dalam berkongsi suka dan duka.
Kasih sayang yang terjalin di antara anak dan ibu bapa mampu melahirkan sikap jujur dan keterbukaan.
Kekuatan cinta yang tulus mampu menggerakkan lisan untuk senantiasa berterima kasih kepada pasangan, anak ataupun ibu bapanya.
Mencintai keluarga adalah amanah bagi setiap manusia.
Pecinta keluarga tidak akan membiarkan dalam rumahnya berlaku keburukan dan kemaksiatan.
Anak-anak lebih memerlukan contoh dan keteladanan dari kedua ibu bapa mereka daripada celaan dan kekerasan.
Kehidupan kita akan berubah apabila dimulai dengan perubahan diri, keluarga dan persekitaran.
Mahkota orang tua adalah anak cucunya dan kehormatan anak-anak adalah nenek moyang mereka.
Apabila setiap ahli keluarga saling mencintai, menyayangi, dan saling mengalah, nescaya seluruh masyarakat akan menjadi baik, aman dan damai.
Keharmonian keluarga terletak pada sikap tanggungjawab dan komunikasi yang sihat di antara ahli keluarga.
Komunikasi dalam keluarga akan senantiasa terpelihara selama komunikasi dengan Allah pun tetap terjaga.
Keluarga yang dekat dengan Allah akan menjadi keluarga yang layak ditolong olehNya dalam setiap urusan.
Rasulullah s.a.w. bersabda, paling dekat dengan Baginda kedudukannya kelak pada hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik daripada kita ialah yang paling baik terhadap keluarganya.
Barangsiapa bersusah payah mencari nafkah untuk keluarganya, maka dia adalah seumpama seorang mujahid di jalan Allah.
Warisan termahal dan terbaik dari diri kita untuk keluarga, keturunan, dan masyarakat adalah keindahan akhlak kita.
Allah mencintai orang-orang yang selalu berjuang memperbaiki diri, keluarga dan masyarakat.
Cintailah suami atau isteri kita dengan memuliakan ibu bapa dan keluarganya.
Bagaimana sikap kita terhadap anak-anak, begitu pulalah mereka akan bersikap kepada kita. Maka berikan sikap yang terbaik kepada mereka
Jika Allah cinta kepada sebuah keluarga, maka salah satu cirinya ialah keluarga itu dibukakan hati untuk ilmu agama.
Kebahagiaan sesuatu keluarga bukanlah diukur dari segi material, tapi sejauh mana keta’atan keluarga kepada Allah.
Ibadah seorang ibu adalah modal bagi lahirnya anak-anak yang soleh yang akan menjadi benteng bagi ibu bapanya di akhirat kelak.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

App

As students juggling assignments, presentations, projects and other co-curricular activities, more often than not many of us feel like our time has been stretched too thin.
The solution to this would be to learn how to manage our time properly, but there is another solution that some might have overlooked: Utilizing tools that enable us to work more efficiently.
As a self-confessed tech geek, I have tried and tested numerous applications, trying to find the best apps that would enable me to work better. Over the years, I have fallen in love with many applications and discarded even more.
In this article, I will be sharing 5 of the applications I use regularly in my life as an undergraduate.

App #1: Mendeley

[App Review] Top Five Apps for The Productive Student - Productive Muslim
Use: Organizing literature and writing papers
Desktop app: Windows, Mac, Linux
Mobile app: iPad, iOS
Price: Free; storage space free up to 2GB
1.1 Why I use this appOne of the problems I faced when doing research is organizing all the literature (i.e., journals, PDFs, eBooks, conference papers, etc.) I gathered from the Internet. The more papers I wrote, the more literature I collected and the more confused I got with all my resources.
The second problem I faced was that I hated having to manually key in the citations according to a specific citation format. I spent a long time just writing, sorting and editing the bibliography of my papers, time that I could spend doing something else.
Mendeley solved both of my issues (and other issues I did not even knew existed!).
1.2 App walkthrough
What is Mendeley?
Mendeley is a free reference manager that helps you to organize your research, collaborate with others online and discover the latest research.
Why you should use this app

[App Review] Top Five Apps for The Productive Student - Productive Muslim
Mendeley allows you to organize your literature into folders and then sort the literature in those folders according to author, title, year published, and even the journal title.
[App Review] Top Five Apps for The Productive Student - Productive Muslim
It also allows you to highlight and insert notes directly onto the PDF itself, thus making it easy for you to locate the important information you found earlier.
[App Review] Top Five Apps for The Productive Student - Productive MuslimIt has a search function that allows you to search across all your documents, both in the titles of papers and their contents.
[App Review] Top Five Apps for The Productive Student - Productive MuslimIt gives you the ability to insert citations automatically, according to the format you require (side note: you will have to install the Microsoft Word plug-in here first).
[App Review] Top Five Apps for The Productive Student - Productive Muslim
After inserting citations throughout your paper using the Mendeley plug-in, all you have to do to insert your entire bibliography is to click the above button. Mendeley will extract all the information automatically and create your bibliography for you in seconds.
1.3 The Good
  • Organization capabilities
  • One-click citation and bibliography
  • Search open access libraries for more references
  • iPad and iPhone applications allow you to read your papers on the go
1.4 The Bad
  • Sometimes (rarely) crashes
  • Online storage space free only until 2GB
1.5 Other RemarksSince I started using the app last year, I have never found the need to find another application to replace Mendeley. It does what it is supposed to, is beautifully designed compared with other similar apps I have seen and saves a lot of my time. The 2GB online storage limitation is not that big of an issue as it should be enough to store hundreds of files.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright from Miss Sri Ramadana© . All Right Reserved by Jiakreatifelt